Friday, December 31, 2010

seLamat Menyambut Tahun Baru

Esok dah tahun baru,..1 Jan 2011. dah bertambah umur, dah bertambah matang dan darap jugalah bertambah ilmu didada ni... Kalau ikut orang barat, ni tahun baru kalendar dorang tapi bagi kita orang islam, tahun baru baru je lepas. Bagi individu yang masih ada azam yang x selesai, tunaikan dulu azam lama tu. .. 

P/S : jadi team paling cemerlang untk wajadiri tahun ni n jadi lbih serius n lebih faham untk study

Wednesday, October 27, 2010

PEMBANGUNAN MASA HADAPAN MALAYSIA: Mampukah Perancang Merancang Demi Masa Hadapan?


Peranan perancang bandar memang besar. Mereka memerlukan kepakaran, merancang dengan perasaan dari hati dan pengalaman, merancang demi pembangunan disamping bertindak sebagai ejen pengawal kepada pembangunan yang dicadangkan. Oleh hal yang demikian, banyak idea-idea baru muncul kerana perancang merasakan pengawalan adalah penting disamping mewujudkan pembangunan di kawasan sekeliling. Mengawal sambil merancang.
Berdasarkan kepada idea-idea baru, terutamanya idea yang dikemukakan oleh salah satu organisasi berpengaruh National Geographic-VIRTUAL WORLD (The New Suburb) banyak memberi persoalan kepada bakal perancang malah kepada saya sendiri. Idea yang dirasakan bagus untuk dibangunkan di kawasan suburban tetapi persoalannya, mampukah perancangan seperti ini dilaksanakan di Malaysia?.Bagaimanakah perancangan ini diterapkan di kawasan –kawasan luar bandar seperti negara ini sendiri?  Oleh yang demikian saya berpandangan terdapat beberapa halangan  dan cabaran yang terpaksa dihadapi.
Bagi pandangan saya sendiri, idea perancangan yang ditonjolkan adalah menarik sekali. Aspek atau elemen-elemen yang diterapkan amat sesuai dan menarik malah ia merangkumi aspek-aspek yang perlu ada dalam Smart Growth dan New Urbanism. Antara aspek yang saya berminat dan pandangan tentang aspek tersebut.
                                i.            Element pokok (Trees)
Elemen pokok memang penting dalam perancangan pembangunan malahan ia merupakan salah satu agen yang digunakan sebagai buffer atau pemampan bagi sesuatu kawasan. Dalam idea perancangan, penerapan elemen pokok dalam perancangan kawasan suburban adalah baik kerana jika kita lihat, keadaan cuaca (climate) di Malaysia amat panas dan tidak menentu. Penerapan elemen pokok di sepanjang jalan mampu dijadikan sebagai kawasan teduhan dan  penghalang kepada cuaca panas disamping menjadi elemen alam sekitar dalam perancangan setempat. Pokok juga dilihat sebagai penyeimbang kepada pembangunan kerana pada saya, pembangunan yang ada di kawasan sekeliling akan menyumbang kepada peningkatan haba dan pokok ini adalah penyeimbang kepada pembangunan tersebut.
Pokok yang merupakan elemen lanskap juga bertindak sebagai penyeimbang kepada pembangunan
  












 
















































































































































                              

                                ii.            Pembangunan Bercampur ( mix use building)
Penggunaan bangunan bercampur pada pandangan saya memang bagus. Ia menggalakkkan pewujudan aktiviti yang berbeza dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi setempat. Bagi saya, penggunaan bangunan bercampur ini mampu mengurangkan pengguaan guna tanah setempat terutamanya bagi kawasan pembangunan luar bandar. Hal ini kerana, lagi banyak pembanguna atau pengklusteran atau zoning kawasan yang spesifik seperti hanya memfokuskan kepada satu bangunan satu satu guna tanah ( komersial contohnya) akan membuatkan perancangan pembangunan akan semakin merebak. Jika terlalu berfokus, maka tidak mustahil ia menyumbang kepada isu rebakkan bandar (urban sprawl).oleh itu, pendekatan mix use building sangat bagus dan sesuai diadaptasi dalam pembangunan luar bandar di Malaysia ini.



Contoh illustrasi bagi pembangunan bercampur

                              
                               iii.            Tempat letak kenderaan (street parking)
Idea meletakkan kenderaan dengan posisi lurus mampu mengurangkan penggunaan ruang disamping memudahkan pergerakan kenderaan sekeliling. Ia lebih efisyen untuk dibangunkan di Malaysia malahan sehingga kini idea “on street parking” telah digunapakai di mana-mana kawasan dan contoh terdekat adalah di UTM sendiri.(depan mesin atm dekat FAB).
"On Street Parking yang digukapakai di Eropah"




  




Walaupun idea yang dikemukakan adalah menarik dan perlaksanaannya dilihat mampu mengawal pembangunan, namun amat sukar untuk diadaptasikan seratus peratus di kawasan luar bandar di Malaysia ini. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara yang saya kitra perlu difikirkan sebelum usaha ini dilakukan.

                                i.            Mentaliti penduduk setempat.
pembangunan di kawasan ini pada pandangan saya memrlukan satu kawasan yang khusus dan kedudukan nya adalah tidak terlalu terpencil dari arus pembangunan. Dari aspek pemahaman, kawasan suburban juga wujud adalah disebabkan percikan rebakkan pembangunan di kawasan yang berhampiran. Oleh itu, perancangan new suburb ini akan mengambil kawasan pendudk kampung dan ia amat sukar dilakukan. Kebanyakan mentality penduduk luar bandar amat terhad dan mereka amat sukar menerima arus pemodenan mahupun penambahbaikkan kawasan mereka walhal idea yang ditonjolkan memerlukan satu kawasan yang luas, yang memerlukan perpindahan kawasan petempatan penduduk dalam membangunkan idea ini. Memang agak sukar namun, usaha yang lebih dan perancang sendiri perlu mengambil kira hal ini.
Mentaliti penduduk dan orang awam hyang perlu diambil kira dalam perancangan kawasan setempat.
                                ii.            Kos.
Membangunkan kawasan pembangunan suburban ini memerlukan modal yang besar dan perlukan kerjasam dari pelbagai pihak. Kos pembangunan ini memakan jumlah yang besar dan kos pemaju juga perlu diambil kira. Banyak aspek yang perlu dibangunkan dalam usaha membangunkan idea ini. Namun demikian, ia masih mampu  direalisasikan tetapi banyak komitmen yang perlu difikirkan.

Kos pembangunan yang perlu diambil kira dalam pembangunan yang dirancangkan. 
 


                                iii.            Masa
Tempoh perlaksanaan idea ini mengambil masa yang sanngat lama. Tambahan pula dengan fenomena perancangan Malaysia dan pembinaan pdari pihak pemaju yang lambat dedikit sebanyak memberi kesan kepada pembangunan kawasan luar bandar ini. Disebabkan hal ini, orang awam akan memberi pandangan negative kepada perancang sendiri kerana kelewatan perlaksanaan projek ini. 

Perlaksanaan pembangunan yang memakan masa yang lama 
 Sungguhpun usaha ini dilihat berat untuk dilaksanakan namun tidak mustahil ia diadaptasikan di kawasan luar bandar di Malaysia. Anggaplah ia satu cabaran kepada pihak perancang bandar sendiri kerana kita merancang untuk masa hadapan demi keselesaan masyarakat. Pembangunan sesuatu kawasan memerlukan satu perancangan yang teliti, yang mengambil kira aspek perasaan penduduk setempat, alam sekitar serta kesan negative dan positif dan negatifnya pada masa akan datang. Walaupun ia tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya, namun beberapa aspek lain bagi idea ini mampu digunakan dalam usaha membangunkan kawasan suburban di Malaysia.




Thursday, October 21, 2010

Yang Asli Tetap KEKAL di Hati,....

Hah!..(keluhan penat ni) dah lam tak up date blog,..so kali ni terbuka jugak hati nak update setelah dipesan Dr Anuar berkali2 dan tambahan plak pg tadi Pak Im a.k.a Dr Ibrahim Ngah cakap,..kalau nak mengasah bakat menulis,..blog adalah platform terbaik. Masa tu dgr dgn tekun!(padahal dlm hati nak balik cpt,..berkobar2 nak update blog) .Ummm..cari punyer cari,..tringat nak tulis pasal pengalaman yang paling manis sepanjang tahun 2010 ni.. (stakat ni la)
nak start bercakap cara formal..
 SILAT,..orang ramai pandang rendah seni bela diri melayu seperti ini dan bagi saya, ia adalah salah satu nilai tradisional yang satu-satunya saya boleh pertahankan. Kini, tidak ramai yang meminati seni-seni dan aktiviti-aktiviti tradisional yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu sebaliknya mereka lebih cenderung memilih sukan, seni atau aktiviti yang lebih moden berbanding tradisional yang dianggap lapok. Padahal,..adakah mereka sedar, banyak budaya melayu terhakis kini??..jika dilihat,..makan pun dah pakai garfu dan sudu (emm,..kdg2 pon pakai gak tp tgk jenis makanan)..sedangkan mereka tidak tahu bahawa makan guna tangan lah yang paling nikmat,..ok,..cukup2..dah terlalu banyak membebel ni..



 Saya sayangkan silat melayu,..lagu tradisi rakyat dan seni melayu. sy cube sehabis boleh martabatkan warisan ini semula, mana tahu pada masa akan datang, boleh la bukak pusat-pusat macam ni. (emm,..stakat ni dah join kompang,..sialt so pas ni bleh wat pakaj untuk kenduri kawen,..sesape nak pakej ni nanti bleh la calling2 ea). Disebabkan penat lelah menyertai persatuan silat cekak ustaz hanafi ni,..akhirnya rasa berbaloi sangat apabila tanggal 10.10.10 persatuan ini dapat menyertai perhimpunan dan demonstrasi silat terbesar  di Dataran Merdeka. seramai 10200 pesilat telah berdaftar dan seramai 7535 pesilat lain berjaya memecahkan Malaysian Book of Records. Palinbg manis apabila rekod ini adalah persembahan teramai pesilat pempuan. (emph! bangga2)..sete;lah bertungkus lumus mengumpulkan ahli dari UTM,.193 orang pesilat inilah  antara yang menyumbang ke pada rekod Malaysia ini. Berbaloi segala penat lelah AJK selama ni,.Inilah hasil yang berjaya diraih,..membawa nama UTM, selain dari memartabatkan silat ini selain dari warisan melayu kita.

Silat..

Maju negara, menongkah zaman

silat kekal menjadi warisan…

Jika ada yang bertanya : perlukah  lg silat di zaman serba maju?

Jawab…

Selagi ada Melayu…

Jika ditanya lagi..mampukah silat menangkis peluru?

Jawablah: silat kami bukan untuk menangkis peluru..

Dan jika ditanya lagi:..bukankah itu membuang waktu?

Katakanlah,.

Tidak, kerana silat juga mampu menjaga waktu..

Ia menjaga waktu agar tidak terlena,

Ia menjaga waktu agar tidak tertinggal bahtera,..

Ia menjaga waktu agar tidak disisih arus perdana…

Jika mereka terus bertanya: bagaimanakah silat mampu melakukan itu semua?

Katakanlah,.

Yang  melakukan itu semua bukan silatnya,

TETAPI,

Manusia,pengamalnya…

Silat cuma acuan,

 Silat cuma jambatan,

 Silat cuma  semboyan,

 Silat cuma pakaian,..

Acuan itu penjaga tinggi pusaka,.

Jambatan itu perintis galur wibawa,

Semboyan itu pencetus akarl dan minda,

Pakaian itu pembawa maruah,

Panji rumpun bangsa….

Monday, October 11, 2010

Susah Payah Seorang Perancang

Siapa cakap kerja merancang senang?? Dulu,..boleh la pikir merancang je,..pikir ape kita suka,..logik akal tapi sekarang kene pikir banyak hal. Contohnya, kene tau hal sekeliling, paling dekat nak diperkatakan pengalaman baru-baru ni.

1.Buat servey kat salah satu taman di kawasan JB, harapkan kerjasama orang perumahan tapi,..ish geram betul. penat naik tangga nak kumpul maklumat tapi cuma beberapa orang je bagi kerjasama. Ada jugak yang sanggup menipu ada hal lain nak buat,semata-mata tak mau beri kerjasama. (sian kite kan Ah??) So nak ckp kat sini,..susah nyer perancang bandar nak dapat kerjasama orang ramai kumpul maklumat.

2. Memang tak sangka kejadian kena salak anjing garang pun boleh berlaku kat diri sendiri, Selama ni asyik gelakkan orang je kene salak ke,..kene kejor ke,..tapi alih2..nah! kene kat diri sendiri,.Memang kecut la perut,..jangan cakap la takut pun dah naik sampai tahap takut sesungguh.( ingt la encik anjing,..sy malas dan tak kan lalu kawasan anda dah lepas ni,..:-B )

ha,..ni lah ala-ala rupe anjing garang yang dekat depan rumah untie tu. tengok muke pon dah takut.!!
3. Susah payah macam mane pon,..tetap terasa macam sebuah keluarga,..kenape??.sebab buat kerja berpasukan,..

planner oh planner..OH YEAHH!

Tuesday, September 21, 2010

perkara yg kite kene buat,..tapi x catit mesti kite lupe,..

alooha,..ni tadi mase dr bagi penerangan baru ingt nak catit keje yg baru. Memg adat kite,kalau dapat keje kene tulis,..x bleh ingt2 je..nanti bleh jadi lupe.Last skali,..alamat x terbuatlah jawabnye,..SO, di sini nak tegaskan, better kite catat keje kite.ha,..ni tugas terbaru saye n da geng,..
1.  kite kene sediakan slide show untuk present kite nyer keje..
2. sediakan soklan nak tanye penduduk kg nanti,..soklan camane??..nanti kite bincang sesama.

Friday, August 27, 2010

Pengenalan kepada Pembangunan Suburbanization di Malaysia


Masih ramai yang tidak cakna akan isu-isu pembangunan yang sekarang kerap diperkatakan. Pelbagai masalah wujud akibat masalah perancangan dan seperti kita sedia maklum perkara sebegini banyak menyumbang pelbagai kesan kepada kehidupan seharian. Kali ini, isu pendekatan menegenai Pembangunan suburnanization akan dibincangakan.Fenomena pembandaran ini terjadi kerana terdapat pelbagai punca dan isu yang menyumbang ke arah masalah ini. Suburbanization adalah salah satu fenomena pembandaran yang terjadi dan dari perspektif perancangan sendiri, ia ada memberi impak positif dan negatif kepada sekitar kawasan tersebut dan juga kawasan yang menerima pembangunan suburbanization itu sendiri.


Dalam konteks fenomena pembandaran, suburbanization atau "subbandar" merujuk kepada kawasan pinggir bandar yang menjadi penyokong kepada pusat bandar. Subbandar ini juga terdiri daripada bandar-bandar baru yang terdiri daripada bandar-bandar baru di kawasan pinggir bandar tersebut. Ada suatu ketika, kawasan pinggir bandar ini akan menampung beberapa fungsi bandar yang tidak lagi sesuai untuk berada di pusat bandar. Contohnya ia berfungsi sebagai kawasan perindustrian, petempatan dan juga perniagaan.


Monday, August 16, 2010

Lawatan Tapak di Pinggir Bandar Metropolitan Johor Bahru-Satu perspektif daripada perancang bandar

Hanya menanti masa untuk menerima perubahan,..itulah yang dapat diperkatakan kepada nasib penduduk di kawasan pinggir bandar di kawasan Johor Bahru. Kawasan perkampungan yang dahulunya penuh dengan cirri-ciri kampung kebanyakannya musnah ditelan pembangunan yang baru dibangunkan. Kawasan-kawasan pinggir bandar ini sesetengahnya masih belum bersedia menerima pembangunan di sekitar kawasan mereka. Akibatnya keadaan persekitaran pinggir bandar semakin hilang identitinya.
Sepanjang jalan kearah Gelang Patah, beberapa projek mega dibawah wilayah Iskandar Malaysia jelas kelihatan. Mungkin kerana, semakin besar atau berubahnya sesuatu pusat pentadbiran, maka semakin banyak timbul projek-projek dan pembinaan di kawasan sekitarnya. Sehinggakan wujud industri-industri yang dibina di kawasan-kawasan estet penduduk kampung pinggir bandar. Ini secara tidak langsung mengganggu mata pencarian mereka. Hanya ada sesetengah kawasan sahaja yang membangun akibat terkena percikan pembangunan setempat namun bagi kawasan-kawasan tertentu yang dahulunya menjadi tumpuan orang ramai, ia akan ditinggalkan sebaik sahaja wujud kawasan-kawasan tumpuan baru. Bukankah ini juga akan memberi kesan kepada penduduk tempatan terutama mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan kerana kekurangan tumpuan masyarakat setempat menyebabkan perniagaan mereka tergendala. Contohnya di kawasan kampung Gelang Patah, hanya terdapat beberapa buah kedai sahaja yang beroperasi termasuk stesen bas yang “tidak bermaya”
Namun demikian, ada baiknya kesan rebakkan bandar di kawasan pinggiran ini. Dari perspektif umum, ia membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kepada keadaan yang lebih baik. Kewujudan peluang-peluang pekerjaan akibat pembinaan kawasan perkilangan, pembinaan projek-projek komited serta pembukaan kawasan tumpuan baru di kawasan persekitaran pinggir bandar ersebut. Tidak salah sekiranya kita perkatakan bahawa kawasan pinggir bandar bandar yang dahulunya mundur dapat menjadi sebuah kawasan tumpuan orang ramai kelak akibat dari kesan rebakkan ini.

Monday, August 2, 2010

Rebakkan Bandar di Klang

Masalah rebakkan bandar semakin menjadi-jadi terutamanya di kawasan bandar-bandar besar dan maju. Rebakkan bandar dapat diertikan sebagai perluasan kawasan bandar ke kawasan yang lebih luas kerana pengembangan kawasan pembangunan. Isu ini menggalakkan berlakunya masalah-masalah seperti masalah sosial dan penggunaan tanah yang meluas. Di sini dapat saya katakan bahawa isu rebakkan bandar ini terjadi kerana pembangunan yang berlaku tiada kawalan yang sepatutnya. Maknanya di sini, akibat pembangunan yang pesat, sedikit demi sedikit pengembangan kawasan berlaku sehinggalah keluar dari kawasan bandar tersebut.

Di Malaysia, kawasan yang berlaku isu ini ialah kawasan Lembah Klang yang aktif dengan kegiatan ekonomi perindustrian. Kawasan lembah Klang ini telah mengalami rebakkan dan konurbasi bersama Langat. berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Katiman Rostam dari Bangi, kemasukan pelabur asing ke kawasan tersebut menyumbang kepada masalah rebakkan ini. Proses rebakkan ini boleh menyumbang kepada fenomena Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML)bagi kawasan Lembah Klang-Langat.

Walaupun banyak kesan negatif akan isu ini namun masih ada kebaikan kepada isu ini. Antaranya ia mampu membangunkan sesuatu kawasan tersebut dan meningkatkan kualiti serta taraf hidup penduduk setempat.

Thursday, July 22, 2010

PRINSIP PEMBANGUNAN ( Kualiti Hidup)

Terdapat sepuluh prinsip dalam pembangunan baru dan salah satu daripada prinsip tersebut ialah faktor kualiti hidup. Sebuah tempat atau bandar yang baik ialah bandar tersebut mempunyai nilai-nilai kualiti hidup yang baik. Masyarakat akan dapat hidup dengan baik dan selesa apabila mereka seimbang dari segi pembangunan setempat, kualiti persekitaran yang baik dan selesa, jaringan perhubungan atau sistem sirkulasi yang elok serta kemudahan iinfrastruktur baik dan kurang masalah sosial.
Kini, amat sukar bagi kita memperolehi sebuah kawasan bandar yang elok kualiti hidup yang bertaraf "selamat untuk didiami" namun sebagai perancang pada masa akan datang, tidak mustahil jika masalah ini berjaya kita selesaikan. oleh yang demikian, terdapat beberapa pendapat yang saya fikirkan sesuai untuk kita sebagai perancang aplikasikan bagi mencapai kualiti hidup yang baik.
Dari aspek kualiti hidup sosial, ikatan pertalian antara sesama jiran penting bagi mewujudkan suasana komunikasi yang baik serta mencipta suasana kekeluargaan. Kita boleh mewujudkan keadaan ini dengan merancang kedudukan rumah yang berdekatan disamping satu kawasan tetap yang menghubungkan kesemua unit rumah-rumah sebagai tempat bagi mereka berkumpul dan berekreasi.Kedua, merancang bandar yang jauh kedudukan dari kawasan perkilangan supaya kawasan tersebut bebas dari segala masalah pencemaran.Kualiti hidup yang sihat ialah apabila pembangunan itu stabil dari segi alam sekitar, sosial serta ekonomi semasanya.Barulah sesuatu kawasan tersebut mampu mencapai kualiti hidup yang baik.

Tuesday, July 20, 2010

Perubahan Sosio Ekonomi di Pinggir bandar kesan dari Pembangunan Terdekat.

Peningkatan tahap pembangunan di Malaysia kini semakin meningkat dari semasa ke semasa. usaha ini dilihat sebagai satu peningkatan pencapaian bagi negara kita dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam keghairahan kita mengejar kemajuan, tidak kita sedar bahawa pembangunan yang dilakukan semakin berada di luar kawalan. Walaupun bukan bagi semua kes tetapi masih ada beberapa jenis kes pembangunan yang kita terlepas pandang sehinggakan berlaku pembangunan di kawasan pinggir bandar. hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kawasan pinggir bandar seperti masalah sosial, guna tanah semasa, keadaan ekonomi, masalah migrasi dan sebagainya.

Satu contoh yang dapat jelas dapat dilihat secara terus adalah di kawasan Kampung Perigi Acheh yang terletak di kawasan daerah Pasir Gudang, Johor. Pembukaan kawasan perindustrian di kawasan yang berhampiran telah banyak mengubah keadaan ekonomi di kawasan kampung tersebut. Banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan disamping gaji yang berpatutan dengan pekerjaan yang di buat. Nelayan yang merupakan pekerjaan utama satu masa dahulu semakin dilupakan. Anak-anak muda terutamanya lepasan sekolah menengah memilih untuk bekerja di kilang-kilang berdekatan kerana jarak perjalanan yang yang dekat dengan tempat tinggal mereka.

Pembukaan kilang-kilang di kawasan yang berhampiran juga telah membantu meningkatkan ekonomi penduduk pinggir bandar ini terutamanya Kampung Perigi Acheh. Mengikut kajian lapangan yang dibuat pada tahun lepas, hanya 10 buah keluarga sahaja yang berada di bawah garis kemiskinan. Oleh yang demikian, pembangunan di pinggir bandar juga mendatangkan kebaikan kepada kawasan sekitar dan ia sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi negara kita.

Monday, July 19, 2010

kongsi selagi boleh dikongsi

hai,..ni percubaan pertama buat blog. Jadi, untuk tajuk kali ni, saya pilih kata-kata kongsi selagi boleh dikongsi. Selagi kita ada ilmu, idea atau pendapat serta pandangan, jom lah kita kongsi bersama kerana benda yang elok dan baik, molek lah kita hebahkan.bak kata pepatah,.."sharing is caring" tapi bagi saya, "sharing is loving." so,..jom kite share...