Thursday, July 22, 2010

PRINSIP PEMBANGUNAN ( Kualiti Hidup)

Terdapat sepuluh prinsip dalam pembangunan baru dan salah satu daripada prinsip tersebut ialah faktor kualiti hidup. Sebuah tempat atau bandar yang baik ialah bandar tersebut mempunyai nilai-nilai kualiti hidup yang baik. Masyarakat akan dapat hidup dengan baik dan selesa apabila mereka seimbang dari segi pembangunan setempat, kualiti persekitaran yang baik dan selesa, jaringan perhubungan atau sistem sirkulasi yang elok serta kemudahan iinfrastruktur baik dan kurang masalah sosial.
Kini, amat sukar bagi kita memperolehi sebuah kawasan bandar yang elok kualiti hidup yang bertaraf "selamat untuk didiami" namun sebagai perancang pada masa akan datang, tidak mustahil jika masalah ini berjaya kita selesaikan. oleh yang demikian, terdapat beberapa pendapat yang saya fikirkan sesuai untuk kita sebagai perancang aplikasikan bagi mencapai kualiti hidup yang baik.
Dari aspek kualiti hidup sosial, ikatan pertalian antara sesama jiran penting bagi mewujudkan suasana komunikasi yang baik serta mencipta suasana kekeluargaan. Kita boleh mewujudkan keadaan ini dengan merancang kedudukan rumah yang berdekatan disamping satu kawasan tetap yang menghubungkan kesemua unit rumah-rumah sebagai tempat bagi mereka berkumpul dan berekreasi.Kedua, merancang bandar yang jauh kedudukan dari kawasan perkilangan supaya kawasan tersebut bebas dari segala masalah pencemaran.Kualiti hidup yang sihat ialah apabila pembangunan itu stabil dari segi alam sekitar, sosial serta ekonomi semasanya.Barulah sesuatu kawasan tersebut mampu mencapai kualiti hidup yang baik.

Tuesday, July 20, 2010

Perubahan Sosio Ekonomi di Pinggir bandar kesan dari Pembangunan Terdekat.

Peningkatan tahap pembangunan di Malaysia kini semakin meningkat dari semasa ke semasa. usaha ini dilihat sebagai satu peningkatan pencapaian bagi negara kita dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam keghairahan kita mengejar kemajuan, tidak kita sedar bahawa pembangunan yang dilakukan semakin berada di luar kawalan. Walaupun bukan bagi semua kes tetapi masih ada beberapa jenis kes pembangunan yang kita terlepas pandang sehinggakan berlaku pembangunan di kawasan pinggir bandar. hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kawasan pinggir bandar seperti masalah sosial, guna tanah semasa, keadaan ekonomi, masalah migrasi dan sebagainya.

Satu contoh yang dapat jelas dapat dilihat secara terus adalah di kawasan Kampung Perigi Acheh yang terletak di kawasan daerah Pasir Gudang, Johor. Pembukaan kawasan perindustrian di kawasan yang berhampiran telah banyak mengubah keadaan ekonomi di kawasan kampung tersebut. Banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan disamping gaji yang berpatutan dengan pekerjaan yang di buat. Nelayan yang merupakan pekerjaan utama satu masa dahulu semakin dilupakan. Anak-anak muda terutamanya lepasan sekolah menengah memilih untuk bekerja di kilang-kilang berdekatan kerana jarak perjalanan yang yang dekat dengan tempat tinggal mereka.

Pembukaan kilang-kilang di kawasan yang berhampiran juga telah membantu meningkatkan ekonomi penduduk pinggir bandar ini terutamanya Kampung Perigi Acheh. Mengikut kajian lapangan yang dibuat pada tahun lepas, hanya 10 buah keluarga sahaja yang berada di bawah garis kemiskinan. Oleh yang demikian, pembangunan di pinggir bandar juga mendatangkan kebaikan kepada kawasan sekitar dan ia sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi negara kita.

Monday, July 19, 2010

kongsi selagi boleh dikongsi

hai,..ni percubaan pertama buat blog. Jadi, untuk tajuk kali ni, saya pilih kata-kata kongsi selagi boleh dikongsi. Selagi kita ada ilmu, idea atau pendapat serta pandangan, jom lah kita kongsi bersama kerana benda yang elok dan baik, molek lah kita hebahkan.bak kata pepatah,.."sharing is caring" tapi bagi saya, "sharing is loving." so,..jom kite share...