Monday, August 2, 2010

Rebakkan Bandar di Klang

Masalah rebakkan bandar semakin menjadi-jadi terutamanya di kawasan bandar-bandar besar dan maju. Rebakkan bandar dapat diertikan sebagai perluasan kawasan bandar ke kawasan yang lebih luas kerana pengembangan kawasan pembangunan. Isu ini menggalakkan berlakunya masalah-masalah seperti masalah sosial dan penggunaan tanah yang meluas. Di sini dapat saya katakan bahawa isu rebakkan bandar ini terjadi kerana pembangunan yang berlaku tiada kawalan yang sepatutnya. Maknanya di sini, akibat pembangunan yang pesat, sedikit demi sedikit pengembangan kawasan berlaku sehinggalah keluar dari kawasan bandar tersebut.

Di Malaysia, kawasan yang berlaku isu ini ialah kawasan Lembah Klang yang aktif dengan kegiatan ekonomi perindustrian. Kawasan lembah Klang ini telah mengalami rebakkan dan konurbasi bersama Langat. berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Katiman Rostam dari Bangi, kemasukan pelabur asing ke kawasan tersebut menyumbang kepada masalah rebakkan ini. Proses rebakkan ini boleh menyumbang kepada fenomena Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML)bagi kawasan Lembah Klang-Langat.

Walaupun banyak kesan negatif akan isu ini namun masih ada kebaikan kepada isu ini. Antaranya ia mampu membangunkan sesuatu kawasan tersebut dan meningkatkan kualiti serta taraf hidup penduduk setempat.