Tuesday, July 20, 2010

Perubahan Sosio Ekonomi di Pinggir bandar kesan dari Pembangunan Terdekat.

Peningkatan tahap pembangunan di Malaysia kini semakin meningkat dari semasa ke semasa. usaha ini dilihat sebagai satu peningkatan pencapaian bagi negara kita dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam keghairahan kita mengejar kemajuan, tidak kita sedar bahawa pembangunan yang dilakukan semakin berada di luar kawalan. Walaupun bukan bagi semua kes tetapi masih ada beberapa jenis kes pembangunan yang kita terlepas pandang sehinggakan berlaku pembangunan di kawasan pinggir bandar. hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kawasan pinggir bandar seperti masalah sosial, guna tanah semasa, keadaan ekonomi, masalah migrasi dan sebagainya.

Satu contoh yang dapat jelas dapat dilihat secara terus adalah di kawasan Kampung Perigi Acheh yang terletak di kawasan daerah Pasir Gudang, Johor. Pembukaan kawasan perindustrian di kawasan yang berhampiran telah banyak mengubah keadaan ekonomi di kawasan kampung tersebut. Banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan disamping gaji yang berpatutan dengan pekerjaan yang di buat. Nelayan yang merupakan pekerjaan utama satu masa dahulu semakin dilupakan. Anak-anak muda terutamanya lepasan sekolah menengah memilih untuk bekerja di kilang-kilang berdekatan kerana jarak perjalanan yang yang dekat dengan tempat tinggal mereka.

Pembukaan kilang-kilang di kawasan yang berhampiran juga telah membantu meningkatkan ekonomi penduduk pinggir bandar ini terutamanya Kampung Perigi Acheh. Mengikut kajian lapangan yang dibuat pada tahun lepas, hanya 10 buah keluarga sahaja yang berada di bawah garis kemiskinan. Oleh yang demikian, pembangunan di pinggir bandar juga mendatangkan kebaikan kepada kawasan sekitar dan ia sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi negara kita.

7 comments:

  1. Penulisan yang jelas sebab mempunyai fakta serta juga contoh yang terdapat di Malaysia. Saya dapat lebih memahami pemasalahan yang berlaku di pinggir bandar di negara kita..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dengan buah fikiran yang dilontarkan oleh saudari Faeizah kerana kemajuan dan pembanguanan boleh mendatangkan pelbagai implikasi baik dan buruk. sebagai contoh dari pandangan yang diberi, Kg Perigi Acheh merupakan kawasan yang berhampiran dengan pembangunan Pelabuhan Tg Langsat. Isu yang timbul adalah golongan muda tidak mahu lagi mewarisi pekerjaan warisan dari golongan terdahulu dan lebih cenderung memilih pekerjaan yang lebih senang dan tidak mengeluarkan keringat. ini akan menyebabkan pupusnya ekonomi sara diri yang menjadi warisan dari golongan terdahulu.

    ReplyDelete
  3. pembangunan yang pesat dalam industri juga mungkin akan mengundang kepada kemasukan warga asing yang ramai di pinggir bandar. Hal ini akan menimbulkan masalah petempatan setinggan dan masalah sosial di dalam pinggir bandar. justeru itu pembangunan yang akan dijalankan itu perlulah meneliti kesan baik dan buruk terhadap kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. sy stuju dgn saudari.mmg pmbngunan masa kini tidk seimbang.pemaju terlalu asyik mengejar pmbangunan.sehinggakan kawsan pinggir bndar sering terasing.jika ini terus berterusan,generasi akan dtg tidak lg menghargai alam ini dan kehijauan yg ad...kita juga seolah2 tidak adil kepada generasi akan dtg kerana tidak memberi mereka peluang untuk mnikmati alam ini.

    ReplyDelete
  5. Pembangunan yang dijalankan di kawasan pinggir bandar adakalanya memberi impak yang positif ke atas masyarakat setempat.Tetapi pembukaan kilang-kilang atau kawasan perindustrian memberi peluang kepada warga asing untuk mendapatkan pekerjaan dan akan menimbulkan masalah lain. Namun begitu, pembukaan kawasan industri juga membolehkan belia lepasan sekolah dapat menceburi bidang pekerjaan.Jadi pembangunan di pinggir bandar dapat memberi kesan negatif dan positif.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pandangan kamu,kadang-kadang pembangunan di pinggir bandar itu memberi kesan yg positif dan akan menjadi negatif sekianya ianya tidak tidak dirancang dengan sistematik

    ReplyDelete
  7. Tidak dinafikan kedua-dua nya memang ada kesan negatif dan positifnya terhadap penduduk di kawasan pinggir bandar sekiranya sesuatu pembangunan dijalankan.Namun apa yang penting sekarang adalah perancang yang lebih teliti perlu dilakukan bagi mengatasi kesan negatif tersebut

    ReplyDelete