Thursday, July 22, 2010

PRINSIP PEMBANGUNAN ( Kualiti Hidup)

Terdapat sepuluh prinsip dalam pembangunan baru dan salah satu daripada prinsip tersebut ialah faktor kualiti hidup. Sebuah tempat atau bandar yang baik ialah bandar tersebut mempunyai nilai-nilai kualiti hidup yang baik. Masyarakat akan dapat hidup dengan baik dan selesa apabila mereka seimbang dari segi pembangunan setempat, kualiti persekitaran yang baik dan selesa, jaringan perhubungan atau sistem sirkulasi yang elok serta kemudahan iinfrastruktur baik dan kurang masalah sosial.
Kini, amat sukar bagi kita memperolehi sebuah kawasan bandar yang elok kualiti hidup yang bertaraf "selamat untuk didiami" namun sebagai perancang pada masa akan datang, tidak mustahil jika masalah ini berjaya kita selesaikan. oleh yang demikian, terdapat beberapa pendapat yang saya fikirkan sesuai untuk kita sebagai perancang aplikasikan bagi mencapai kualiti hidup yang baik.
Dari aspek kualiti hidup sosial, ikatan pertalian antara sesama jiran penting bagi mewujudkan suasana komunikasi yang baik serta mencipta suasana kekeluargaan. Kita boleh mewujudkan keadaan ini dengan merancang kedudukan rumah yang berdekatan disamping satu kawasan tetap yang menghubungkan kesemua unit rumah-rumah sebagai tempat bagi mereka berkumpul dan berekreasi.Kedua, merancang bandar yang jauh kedudukan dari kawasan perkilangan supaya kawasan tersebut bebas dari segala masalah pencemaran.Kualiti hidup yang sihat ialah apabila pembangunan itu stabil dari segi alam sekitar, sosial serta ekonomi semasanya.Barulah sesuatu kawasan tersebut mampu mencapai kualiti hidup yang baik.

7 comments:

  1. Kualiti hidup perlu terus dipertingkatkan.. tetapi fitrah hidup manusia masih menjadi asas rujukan. Tempat tinggal, tempat berkerja, tempat beriadah, tempat berinteraksi, perlu dirancang dengan baik. Menghidupkan suasana mesra alam boleh mencetus human spirit..In yang makin pudar dan perlu dipulihkan???..susah tu..

    ReplyDelete
  2. kualiti hidup yang baik dari segi segala aspek seperti alam sekitar, sosial dan ekonomi perlu terus diamalkan supaya dapat mewujudkan sebuah bandar yang selamat dan maju pada masa depan.

    ReplyDelete
  3. tu dia jah...dah kluaq dah belang dia....huhuhu....kualiti hidup yg baik adalah slah satu ciri2 bandar yg perlu diterapkan.kualiti hidup yg baik perlu seiring dgn pmbangunan yg mnpan,brulah ia senang untuk dicapai....

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat pelbagai langkah untuk untuk memastikan kualiti hidup masyarakat tercapai ialah melalui perancangan yang dibuat seperti konsep "bandar selamat" yang memmpunyai 23 langkah2 perancangan bagi memstikan kualiti hidup masyarakat sentiasa berada dalam tahap yang baik..Sejauh mana konsep ini dilaksanakan dalam perancangan malaysia yang diperlu dititik beratkan oleh para perancang..

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan pendapat ijah. Perancangan pembangunan yang sempurna mampu meningkatkan kualiti hidup penduduk di negara kita pada masa kini seterusnya dapat mengurangkan masalah sosial. Mudah-mudahan apabila kita telah menjadi perancang bandar kelak kita akan menitikberatkan prinsip ini di dalam pembangunan yang ingin kita jalankan. insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Kualiti hidup yang baik akan mewujudkan satu suasana atau keadaan yang selesa dengan perancangan pembangunan yang sempurna.Prinsip ini seharusnya diterapkan dalam semua pembangunan yang ingin dijalankan kelak supaya ianya seiring dengan pembangunan yang tepat dan stabil dalam semua aspek iaitu fizikal. ekonomi, alam sekitar dan sosial.

    ReplyDelete
  7. pada saya,perancangan pembangunan yang baik di sesebuah kawasan akan menjamin kualiti hidup yang baik.Ini kerana,semua pekara yang berkaitan menjadi faktor untuk ke arah kualiti hidup yang baik.Pembangunan yang sistematik dan menerapkan prinsip-prinsip perancangan yang praktikal dan sempurna dapat mewujudkan pembangunan taraf hidup masyarakat yang berkualiti,aman dan harmoni.

    ReplyDelete