Monday, August 16, 2010

Lawatan Tapak di Pinggir Bandar Metropolitan Johor Bahru-Satu perspektif daripada perancang bandar

Hanya menanti masa untuk menerima perubahan,..itulah yang dapat diperkatakan kepada nasib penduduk di kawasan pinggir bandar di kawasan Johor Bahru. Kawasan perkampungan yang dahulunya penuh dengan cirri-ciri kampung kebanyakannya musnah ditelan pembangunan yang baru dibangunkan. Kawasan-kawasan pinggir bandar ini sesetengahnya masih belum bersedia menerima pembangunan di sekitar kawasan mereka. Akibatnya keadaan persekitaran pinggir bandar semakin hilang identitinya.
Sepanjang jalan kearah Gelang Patah, beberapa projek mega dibawah wilayah Iskandar Malaysia jelas kelihatan. Mungkin kerana, semakin besar atau berubahnya sesuatu pusat pentadbiran, maka semakin banyak timbul projek-projek dan pembinaan di kawasan sekitarnya. Sehinggakan wujud industri-industri yang dibina di kawasan-kawasan estet penduduk kampung pinggir bandar. Ini secara tidak langsung mengganggu mata pencarian mereka. Hanya ada sesetengah kawasan sahaja yang membangun akibat terkena percikan pembangunan setempat namun bagi kawasan-kawasan tertentu yang dahulunya menjadi tumpuan orang ramai, ia akan ditinggalkan sebaik sahaja wujud kawasan-kawasan tumpuan baru. Bukankah ini juga akan memberi kesan kepada penduduk tempatan terutama mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan kerana kekurangan tumpuan masyarakat setempat menyebabkan perniagaan mereka tergendala. Contohnya di kawasan kampung Gelang Patah, hanya terdapat beberapa buah kedai sahaja yang beroperasi termasuk stesen bas yang “tidak bermaya”
Namun demikian, ada baiknya kesan rebakkan bandar di kawasan pinggiran ini. Dari perspektif umum, ia membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kepada keadaan yang lebih baik. Kewujudan peluang-peluang pekerjaan akibat pembinaan kawasan perkilangan, pembinaan projek-projek komited serta pembukaan kawasan tumpuan baru di kawasan persekitaran pinggir bandar ersebut. Tidak salah sekiranya kita perkatakan bahawa kawasan pinggir bandar bandar yang dahulunya mundur dapat menjadi sebuah kawasan tumpuan orang ramai kelak akibat dari kesan rebakkan ini.

12 comments:

  1. ijah, tajuk je ker..pah mane isi..baru semangat nak baca artikel ko..hehehe

    ReplyDelete
  2. alah,..sy pening mcm nak demam,..ni baru masuk.panas badan kot ah...td batuk berdarah la,..x pe2..ni ha isi die,..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Faeizah, pembangunan amat diperlukan di kawasan pinggir bandar secara lebih bijak dan teratur. Konsep Smart Growth merupakan kaedah pilihan kepada Planners merancang perkembangan bandar. Nanti akan dibincangkan. Jaga kesihatan dan permakanan. Well done.

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan saudari faizah,bagi saya semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing supaya masalah ini dapat di selesaikan dengan segera.Bak kata pepatah"mencegah lebih baik daripada merawat".
    "Ingatlah bumi kita semakin tua".
    "Hargai bumi kita"

    ReplyDelete
  5. pembangunan hendaklah dirancang dengan betul mengikut standart dan piawaian yang ditetapkan supaya sesebuah kawasan akan lebih terancang dan meminimumkan impak terhadap semua pihak. masalah ini akan menjadi lebih ketara sekiranya tiada penyelesaian yang tepat.

    ReplyDelete
  6. salam..btul btul btul ijah....kecian tgok nasib yg menimpa pnduduk tempatan di pinggir jb....ni lah kate orang kate, banyak berjalan luas pemandangannya....bru kita dapat tahu keluhan penduduk tempatan yg dihimpit pmbngunan...mereka hnya menanti masa untuk 'ditolak' oleh pmbnguan...mgkin ada baiknya juga..sedikit sebnyak dapat mngubah taraf hidup mereka dari segi fizikalnya...namun dari segi psikologinya, mereka terasa terpinggir

    ReplyDelete
  7. Mungkin kita boleh menerapkan konsep kampung di dalam pembangunan sekarang. Supaya ciri-ciri kampung tidak lenyap ditelan pembangunan.

    ReplyDelete
  8. btl kata faizah..tidak semestinya kwsan pinggir bandar ini tidak boleh menjadi maju pd msa hdpan...ini krn jika tgk sjrh2 dlu,sblum trjdinya bndar,ia brmula dr prkmpungan kecil yang akhirnya brkembang mnjdi sebuah bndr...rasionalnya,perancangan yang bijak perlu dilakukan seperti yg dr anuar katakan iaitu Konsep Smarth Growth yang telah dilakukan oeh negara2 luar..

    ReplyDelete
  9. konsep yang diketengahkan oleh azman amat menarik untuk diperhalusi oleh pihak terlibat. selain memelihara kepentingan penduduk asal perkampungan terbabit dalam pada masa yang sama juga imej perkamungan yang dikekalkan mampu menjana pendapatan sampingan kepada penduduk terbabit melalui sektor pelancongan.

    ReplyDelete
  10. Tapi tidak boleh ke kalau kita peruntukan kawasan pinggir bandar ni sebagai satu kawasan larangan pembinaan.Sebarang bentuk pembinaan akan dikenakan denda dan hukuman.Dengan ini secara tidak langsung identiti kampung dapat dikekalkan.

    ReplyDelete
  11. Kalau diikutkan perebakan bandar tidaklah hanya memberi kesan buruk keada pinggiran bandar sahaja terdapat juga beberapa kelebihan disebaliknya. Pandangan yang jauh lebih jelas oleh faezah telah membuktikan terdapat kebaikan di sebalik keburukannya.

    ReplyDelete
  12. tidak dinafikan pembangunan perlu untuk memperbaiki kualiti hidup masyarakat tetapi pembangunan yang menyebabkan hilangnya identiti setemapt seperti kawasan2 kampung di negara ini yang menjadi persoalan utama..kenapa tidak pembangunan berlaku seiring dengan pengekalan imej kampung2 tersebut..kawasan kampung juga ada nilai estetiknya yang tersendiri dan mempunyai nilai untuk diketengahkan pada masa hadapan dengan menjadiakn perkampungan sebagai homestay dan tarikan perlancongan..bukannye lenyapkan ditelan arus pembangunan..

    ReplyDelete