Monday, August 2, 2010

Rebakkan Bandar di Klang

Masalah rebakkan bandar semakin menjadi-jadi terutamanya di kawasan bandar-bandar besar dan maju. Rebakkan bandar dapat diertikan sebagai perluasan kawasan bandar ke kawasan yang lebih luas kerana pengembangan kawasan pembangunan. Isu ini menggalakkan berlakunya masalah-masalah seperti masalah sosial dan penggunaan tanah yang meluas. Di sini dapat saya katakan bahawa isu rebakkan bandar ini terjadi kerana pembangunan yang berlaku tiada kawalan yang sepatutnya. Maknanya di sini, akibat pembangunan yang pesat, sedikit demi sedikit pengembangan kawasan berlaku sehinggalah keluar dari kawasan bandar tersebut.

Di Malaysia, kawasan yang berlaku isu ini ialah kawasan Lembah Klang yang aktif dengan kegiatan ekonomi perindustrian. Kawasan lembah Klang ini telah mengalami rebakkan dan konurbasi bersama Langat. berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Katiman Rostam dari Bangi, kemasukan pelabur asing ke kawasan tersebut menyumbang kepada masalah rebakkan ini. Proses rebakkan ini boleh menyumbang kepada fenomena Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML)bagi kawasan Lembah Klang-Langat.

Walaupun banyak kesan negatif akan isu ini namun masih ada kebaikan kepada isu ini. Antaranya ia mampu membangunkan sesuatu kawasan tersebut dan meningkatkan kualiti serta taraf hidup penduduk setempat.

10 comments:

  1. Faeizah, Pasti ada kesan positif dan negatif...seimbangkan pembangunan. This tuesday (10/8)11.00 ada kelas dgn dr Ibrahim - rural planning (bilik seminar)untuk semua. Kelas elektif ganti masa rural planning, khamis 9.00(12/8) di makmal.Harap dapat beritahu rakan-rakan. Keep on writing and give comments.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh faezah. Sebab saya salah seorang penduduk lembah klang. Jika dibandingkan kualiti serta taraf hidup di lembah klang dengan tempat lain. Lembah Klang jauh lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Rebakan bandar juga dapat menyumbangkan kepada kebaikan kepada penduduk setempat dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan pembangunan yang dijalankan hendaklah seimbang dalam semua aspek dan skop serta memerlukan perancangan yang terkawal..

    ReplyDelete
  4. trm kasih atas mebuka paradigma saya dngn memberi kesan contoh pinggir bandar di Malaysia yg menerima kesan rebakan bandar selain daripada kwasan Johor Bahru..

    ReplyDelete
  5. pembangunan pesat di lembah Klang sememangnya telah menyebabkan perlimpahan bandar dan kini dapat dilihat impak kepada kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya..

    ReplyDelete
  6. salam sume.
    terima kasih diatas info yg berguna ini jah..

    ReplyDelete
  7. saya setuju dengan saudari faizah,pada saya lembah klang terkenal dengan kemajuannya dalam pelbagai bidang.Tidak hairan lah banyak pembagunan yang dijalankan secara langsung ianya menjadi bandar metropolitan.pembangunan yang pesat menyebabkan penggunaan tanah terhad menyebabkan rebakan bandar berlaku dikawasan berdekatan.Ini adalah faktor yang menyebabkan berlaku urban sprawl di pinggir bandar.

    ReplyDelete
  8. kesimpulan yang dibuat sememangnya tepat da bertepatan dengan situasi semasa di bandar-bandar yang membangun di Malaysia.

    ReplyDelete
  9. so ape cdangan korg untuk kurang kn keburukan dan tingkatkn kebaikn rebakan bandar nih??

    ReplyDelete
  10. ade,..kite bleh gune smart growth consept cik bawang hangus,.

    ReplyDelete